SLIDE PROGRAM PANITIA

Wednesday, December 29, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEMPENA KEPUTUSAN PMR 2010

                              Pelajar sedang menunggu keputusan..perasaan berdebar2.
                       cikgu nor bayah( guru kelas 3 alfa)  dan cikgu nadia( guru kelas 3 RK)
                                          Pelajar 3 RK sedang menunggu keputusan.
                                          Cikgu laila (kaunselor) bersama para pelajar
                                                  Ustaz hamzah dan cikgu Azazila
                                                cikgu nor bayah dan cikgu nadia
                                   kenapa tu cikgu nadia?ada pelajar yang tak ambil sijil?
                                ustaz hamzah sedang memanggil nama pelajar kelas 3 beta
                                   wajah pelajar2 yang bedebar2 menunggu keputusan..

TAHNIAH...PMR 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.. TAHNIAH KEPADA PELAJAR2 YG MENDAPAT KEPUTUSAN YG CEMERLANG DALAM PMR 2010...TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK 2 TAHUN LAGI .(SPM 2012)..TANAMKAN AZAM ANDA...

Friday, December 17, 2010

TARIKH KEPUTUSAN PMR

assalamualaikum wbt...kepada semua pelajar pmr 2010,keputusan pmr akan keluar pada 23/12/2010 iaitu pada hari khamis..Semoga Kejayaan bersama anda semua...













GAMBAR HIASAN.....

Monday, December 13, 2010

program sambutan maulidur rasul..12/03/2010

































Ciri-ciri bidadari syurga dalam al-Quran


Ciri-ciri bidadari syurga dalam al-Quran

Sifat-sifat bidadari syurga (Hurun Ain) dalam al-Quranul Karim adalah seperti berikut:
Pertama: Qasrut Torfi.
Ada tiga ayat yang mana tuhan menjelaskan kepada kita bahwa bidadari syurga bersifat begini. Diantaranya:
“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.”
48 : as-Saffat
Imam Tobari berkata:
Ayat ini menjelaskan bagaimana sifat yang agung bidadari syurga iaitu hanya memandang kepada pasangan mereka tidak seperti wanita dunia yang memandang ke sana sini.
Imam Fakhurrazi berkata:
Ini menunjukkan bahwa betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”
Wanita muslimah sepatutnya mencontohi wanita syurga yang mana segala kemesraan, pandangan manja, layanan dan sebagainya hanya untuk suami.
Kedua: “ Atrab” Umur yang sama diantara mereka.
Firman Allah swt:
“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”
52 : surah Sod
Atrab adalah plural bagi turb iaitu sebaya atau sama umur. Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad dengan sanad yang baik.
Ketiga: Baik akhlak dan jantik paras rupa.
Firman Allah swt:
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
70: surah ar-rahman
Ulama berkata bidadari memiliki akhlak yang baik dan rupa paras yang cantik.
Keempat:"kawa'ib" Buah dada yang tegang (tense).
Firman Allah swt:
“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.”
33 (an-Naba)
Kelima: Anak dara.
Firman Allah swt:
“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”
36 : Surah al-Waqiah
Berkara pengarang tafsir Maalimut Tanzil:
“Setiap kali mereka dijimak oleh suami-suami bidadari, mereka akan dapati bidadari tersebut ada dara .”
Keenam: Bagus layanan dan kasih sayangnya kepada pasangannya.
Firman Allah swt:
“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.”
37 : Al-Waqiah
Mujahid, Hasan dan Qatadah (Ulama tafsir) berkata:
Urub adalah wanita-wanita pecinta yang asyik kepada suami-suami mereka dan menyintai mereka sepenuh hati, melayani suami mereka dengan manja, baik serta pertuturan.
Ketujuh: Tubuh mereka bersih
Firman Allah swt:
"...Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ."
25 : al-Baqarah
Imam at-Tabari berkata:
“ Kesucian bidadari adalah kesucian yang mutlak yang mana termasuklah suci dari semua perkara yang tidak disukai yang ada pada wanita dunia seperti haid,nifas, kencing, berak, ludah,kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.”
Nabi saw bersabda:
“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim
Kesimpulan:
Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.
MUNAJAT
Ya Allah sesungguhnya daku tidak layak untuk mendapat bidadari syurgamu lantaran dosa2 ku
Tetapi kemaafan mu lebih luas dari dosa2 ku, ampunkanlah dosa2 ku , berilah ku hidayah menuju Redamu,
Andai ku tersasar sedarkanlah daku, janganlah kau uji diriku apa yang aku tidak mampuHadapinya,
anugerahkanlah ku seorang wanita yang akan menjadi isteriku di dunia dan bidadariku di syurga.
Aku bersyukur kerna kau memberi ruang dan masa untuk mengecap kemanisan inabah(kembali) pd mu.
Rujukan: Sifatul Jannah Fil Quranul Karim oleh Abdul Halim Muhammad

diambil dari :http://akhisalman.blogspot.com/


Jenis-jenis Cinta dalam Islam (antaranya syirkul Mahabbah)


INTRO
Cinta ini mengasyikkan sehingga si Majnun melupakan dirinya dan asyik mengingati kekasihnya laila. Dia berkata dalam rangkap syairnya:

“ Aku cuba untuk melupakan untuk mengingatinya tetapi seolah-olah
Laila menjelma dalam diriku pada setiap keadaan”

Setiap manusia ada benda yang dicintainya samada wanita, harta, tahkta, dunia, dirinya dan sebagainya. Kita hendak lihat ditahap mana cinta kita. Di bawah ulama telah menggariskan lima jenis cinta.

LIMA JENIS CINTA

Lima jenis cinta adalah seperti berikut:

PERTAMA: Cinta kepada Allah swt. Cinta Allah sahaja tidak cukup untuk bebas dari azab Allah swt kerana orang-orang musyrikin dan penyembah berhala juga mencintai Allah swt. Mereka mempunyai jenis cinta yang keempat iaitu syirkul mahabbah.

KEDUA: Menyintai apa yang Allah cintai. Inilah yang membezakan diantara orang Islam dan orang kafir. Orang yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang paling kuat cinta jenis ini. Apa yang dicintai oleh Allah swt adalah begitu banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Antaranya yang disebut dalam al-Quran adalah:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

Ayat 4 surah as-Saff.

Ada lapan golongan yang dikasihi Allah seperti dalam al-Quran iaitu 1. Al-Muttaqun. 2. Al-Muhsinun. 3. As-Sabirun. 4. At-Tawwabun. 5. Al-Mutatahhirun. 6. Al-Mutawakkilun. 7. Al-Muqsitun 8. Al-Muqatilun fi sabilillah. InsyaAllah saya akan terangkan dalam artikel akan datang.

Adapun perkara yang dikasihi Allah swt dalam hadis adalah seperti berikut:

“ Seseiapa yang cinta untuk bertemu dengan tuhan , Allah juga cinta untuk menemuinya.”

Hadis sahih Bukhari (2443)

Allah swt berfirman dalam hadis qudsi:

“ Tidak ada perkara yang lebih mendekatkan hambaku denganku daripada kefarduan yang aku fardukan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diriku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (6137)

KETIGA: Menyintai sesuatu kerana Allah swt.

Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya.”

Hadis riwayat Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad yang hasan.

Nabi saw juga bersabda:

“ Tidak ada dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terbaik diantara keduanya adalah yang paling mengasihi saudaranya.”

Hadis riwayat Hakim dan diakui oleh zahabi akan kesahihannya.

KEEMPAT: Cinta sekutu (partnership love) atau syirkul mahabbah

Setiap benda yang dicintai bukan kerana Allah dan bukan diperintah oleh Allah maka dia telah mensyirikkan cinta. Ramai yang menyintai Allah , tapi dalam masa yang sama dia menyintai benda lain bukannya kerana Allah. Inilah yang dirakamkan dalam al-Quran:

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”

Ayat 165 surah al-Baqarah

KELIMA: Cinta yang semula jadi.

Inilah yang disebut oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”

Ayat 14 surah Ali Imran

Imam Ibnu Qayyim berkata:

“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”

Firman Allah swt:

"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi."

Ayat 9 surah al-Munafiqun

Rujukan: Ad-Da3 wad dawa3 oleh Ibnul Qayyim dan Al-Hubbu wal Bughdu fil Quranil Karim oleh Meha Yusuf.

askm..salam perkenalan kepada warga smk naning




assaluumualaikum wbt...salam peerkenalan dan salam ukhuwwah kepada warga smk naning..Blog ini di wujudkan untuk tatapan warga smk naning oleh Panitia Pendidikan Islam SMK naning..Moga-moga anda dapat mengambil manfaat daripada blog ini..Blog ini baru bermua tintanya pada bulan November 2010..Dan entri pertama adalah perjalanan program yang dianjurkan oleh Panitia sepanjang tahun 2010..Untuk makluman anda, blog ini akan disertai oleh 4 penulis iaitu 3 orang guru tetap iaitu ustaz rosli, ustazah Asmah, Ustazah rohimah dan Ustazah Azizah..manakala ustaz hamzah adalah guru Gstt dan penulis jemputan didalam blog ini..Gambar ustzah azizah akan menyusuli kemudian kerana beliau baru berpindah dari smk seri pengkalan pada november 2010..kepada ustazah, ahlan wasahlan wamarhaban bikum ke smk naning. Semoga dengan kehadiran ustazah, panitaia smk naning akan terus bersemangat menyampaikan ilmu agama kepada para pelajar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...