SLIDE PROGRAM PANITIA

Wednesday, January 12, 2011

tazkirah minggu ini (1)

KISAH TAUBAT...

Di sini penulis ingin memuatkan sedikit kisah teladan yang diambil dari tutorial semalam yang dibentang oleh Dr Fatimah Syaidi.Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil iktibar,insyaAllah.
KISAH & TELADAN Diriwayatkan oleh Malik bi Dinar akan dirinya : Permulaan hidupku,aku berada dalam keadan sesat,mabuk dan suka melakukan maksiat. Aku menzalimi orang ramai ,mengambil hak mereka ,melakukan riba dan semua jenis maksiat aku pernah lakukan.Orang ramai menjauhiku kerana maksiat yang aku lakukan. Sehinggalah  suatu hari  berkahwin dan memperolehi seorang anak perempuan bernama Aisyah.Aku amat menyayanginya.Semakin Aisyah membesar bertambah kasih sayangku kepadanya ,bertambah juga keimananku kepada Allah dan berkurangan perbuatan maksiatku .Setiap kali aku ingin meminum arak,Aisyah akan menghampiriku dan menjaukan arak itu daripada ku sedangkan umurnya belum cukup 2 tahun.Seolah-olah Allah yang menyuruh Fatimah melakukan perbuatan itu. 
 
Apabila umur Aisyah genap 3 tahun beliau meninggal dunia. Kehidupan ku bertukar semakin teruk daripada dahulu. Aku tiada kekuatan untuk menghadapi ujian(kematian fatimah)sebagaimana orang-orang beriman menghadapinya. Syaitan mula bermain-main dengan ku dan kehidupan ku bertambah buruk. Aku berazam untuk minum arak sepanjang hari malam dan siang. Aku minum hingga aku mabuk teruk. Akhirnya dalam keadaan mabuk aku bermimpi aku berada di hari akhirat. Matahari telah terpadam,laut bertukar menjadi api ,bumi bergoncangan.Semua berhimpun di hari kiamat termasuklah aku. Aku mendengar suara memanggil folan bin folan. Aku melihat si folan ini wajahnya telah bertukar hitam legam oleh kerana ketakutan.Tiba-tiba namaku dipanggil dan semua manusia di sekelilingku hilang seolah-olah tiada seorang pun di padang mahsyar ini.
 
 Kemudian aku melihat ular yang besar dan kuat menyusur dengan cepat kearah ku dan membuka mulutnya dengan luas. Aku berlari dari ular tersebut kerana terlaku takut. Semasa berlari aku terlihat lelaki tua yang lemah dan aku berkata kepadanya: ”Tolonglah selamatkan ku”. Dia berkata “Wahai anakku ,aku ini terlalu lemah,aku tidak mampu untuk menolongmu. Berlarilah kamu kearah ini mudah-mudahan kamu akan selamat”. Aku berlari ke tempat lelaki tua itu sebutkan. Ular masih mengekoriku dari belakang dan api aku dapati api di hadapan ku. Aku bertanya”Jika aku lari dari ular ini aku akan jatuh ke dalam api”. Aku berlari ke belakang semula dan ular makin hampir kepada ku. Aku kembali semula ke arah lelaki tua itu “Demi Allah,tolonglah selamatkan aku!Tolonglah”Rayu ku kepadanya. Lelaki tua itu menangis kerana kasihankan diriku dan berkata “Aku amat lemah sebagaimana kamu lihat ,aku tidak mampu menolong mu. Akan tetapi kamu larilah menuju kearah bukit itu,mudah-mudahan kamu akan selamat”. 
 
Aku berlari ke arah bukit dan ular akan menyambar diriku. Aku melihat di atas bukit itu kanak-kanak kecil. Mereka semua berteriak “Wahai Fatimah!!Pergilah ke arah ayah mu,tolonglah dia!!! ” Maka aku tahu di situ ada anak ku Fatimah. Aku amat gembira dan tanpa disedari air mataku mengalir. Aku mempunyai anak yang amat aku sayangi dan kerananya iman ku bertambah. Dia meninggal ketika berumur tiga tahun….sekarang dia berada di depan ku untuk menyelamatkan ku dari situasi yang bahaya ini. Fatimah mencapai tangan kanan ku dan melawan ular itu dengan tangan kirinya. Aku seolah-olah mayat hidup yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketakutan. Kemudian aku dapati aku berada di dalam bilik ku sebagaimana aku berada di dunia. Fatimah berkata dengan penuh manja”Wahai ayahanda ku  ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله (Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah )“Aku berkata”Beritahu ku tentang ular ini”Aisyah berkata“Ia adalah amalan jahat mu yang kamu besar dan suburkan sehingga ia hampir memakan diri mu ”Aku bertanya”Bagaimana dengan lelaki tua itu?” Dia berkata”Itulah amalan soleh diri mu ,kamu perkecilkan(lemah) dan menghinanya sehingga dia menangis melihat keadaan diri mu dan tidak mampu untuk menolong mu. Adakah ayah masih ingat , iman ayah bertambah dan aku masih kecil ketika didunia? Jika tiada amalan soleh mu ,maka tiada satupun yang memberi manfaat kepada diri mu” 

Aku tersedar dari tidurku dan menjerit “Sudah tiba masanya wahai tuhanku.......sudah sampai masanya wahai tuhanku.......Yaaa” ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله (Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah )“ Aku bangun dari tidur dan mandi. Aku keluar ke masjid untuk solat subuh untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Aku masuk ke dalam masjid dan aku terkejut imam membaca ayat yang sama:ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله .Maka bertaubatlah Malik bin Dinar dan beliau dikenali dengan (pernah) berdiri setiap hari di pintu masjid memanggil –manggil ”Wahai hamba yang membuat maksiat,kembalilah kamu kepada tuhan mu.Wahai hamba yang lupa kembalilah kamu kepada tuhan mu.Wahai hamba yang lari kembalilah kamu kepada tuhan mu. Tuhan mu memanggil-manggil kamu siang dan malam dan berkata: Barangsiapa menghampiri diriKU sejengkal nescaya AKU akan mengahmpirinya sehasta…..barangsiapa mendatangi diriKU dalam keadaan berjalan nescaya AKU akan berlari ke arahnya.” Itulah dia Malik Bin Dinar antara pemuka yang masyhur dikalangan Tabi’in.

penulis: ustaz yusri bin kamarudin..
daripada laman web: komuniti pendidikan islam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...