SLIDE PROGRAM PANITIA

Thursday, January 20, 2011

PANORAMA MERENTAS DESA.. 19/1/2011

                           Ni lari ke, atau jalan kaki? syikin 5  sains
                             senaman reganggan
                      masih ada yang bersemangat untuk berlari
                    kenapa angkat tangan tu?suruh kawan tunggu ke?
                       kecil-kecil cili padi...amir si baju merah..
                          walaupun penat,masih lagi bersemangat..
                              masih sempat tersenyum
                                syafiq 3 beta...
                        masih sempat possing  baju merahnya
                                 tengah wat apa tu?
               zaman  5sains...bersemangat untuk memulakan larian
                           senaman reganggan...
                             adik2 baru begitu bersemangat
                                   sesi penerangan
  milik siapakah kereta honda itu??..salah seorang pengajar pendidikan islam.(",)
                       warga naning yang sentiasa gembira
                      skuad penyelamat...
          pelajar2 begitu bersemangat untuk menamatkan larian
                   kenapa bimbit kasut tu??tak panas ke kaki tu?('',)

Wednesday, January 19, 2011

BERITA KOSMO.....khamis 20/1/2011..

Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet


KITAB al-Quran berusia sekitar 500 tahun disimpan dalam Perpustakaan John Rylands di Manchester, Britain.


LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan. 

Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya. 

Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk. 

Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi

TAZKIRAH MINGGU INI..(4)

::: 23 Petua-Petua Kejayaan Dunia Akhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan :::

1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.


4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.


Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)

HUKUM MEMUKUL MUKA.



Tulisan:Ust. Salman Maskuri

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )


" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

"
وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

DIPETIK DARI: 
6 Safar 1432H
http://salmanmaskuri.blogspot.com

TAZKIRAH MINGGU INI..(3)

Hati yang bagaimana oh Tuhan ?


16 safar 1432H.

Oleh : Ustaz Salman Maskuri


Kita selalu bertanya tentang keadaan kesihatan zahir tapi kita tetapi sering mengabaikan keadaan hati nurani kita. Kita sanggup menghabiskan duit ratusan ribu untuk mengubati penyakit zahir tetapi tidak mempedulikan kesihatan hati kita sedangkan tuhan hanya menerima hati kita . Firman Allah swt:

“ Pada hari tidak bergunanya harta dan anak pinak kecuali yang berjumpa dengan tuhan dengan hati yang sejahtera.”

Hati yang sihat adalah hati yang mempunyai perasaan semasa melakukan ibadat. Orang yang memiliki hati yang sihat akan merasai kemanisan dalam ibadahnya.

Ibnul Qayyim berkata:
“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”

Hati yang sihat adalah hati yang gementar apabila disebut nama tuhan . Hati yang terkesan dengan bacaan al-Quran. Hati yang teruja bila mendengar azan. Hati yang takut apabila disebut api neraka tuhan. Firman Allah swt:

“ Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah iman mereka apabila dibacakan ayat2 Allah swt dan berserah hati mereka pada tuhan.” (Ayat 2 surah al-Anfal)


Hati yang sihat adalah hati yang sentiasa mengambil ibrah (pengajaran) pada setiap kejadian tuhan. Firman Allah swt:


“ Sesungguhnya kejadian langit dan bumi serta silih ganti siang dan malam adalah tanda2 kepada orang-orang yang berakal.” (Ayat 190 surah ali Imran)


Sesungguhnya otak yang berfikir tentang kejadian tuhan dan sentiasa mengambil pengajaran adalah dari hati yang sihat. Firman Allah swt:


“ Mengapakah mereka tidak berjalan di atas muka bumi supaya mereka memiliki hati yang berakal untuk memahami atau mempunyai telinga yang mendengar untuk menerima. Sesungguhnya bukan mata yang buta tetapi hati yang ada di dada itu yang buta.” (46 : 22 surah al-Hajj)


Sebenarnya apa yang berlaku setiap hari pada diri kita dan sekeliling kita ada mempunyai banyak pengajaran. Sebanyak mana pengajaran yang boleh diambil setinggi itulah tahap kesihatan hati kita.


Contohnya:
Suatu hari hasan a-basri diberi air untuk dia berbuka puasa. Bila air itu hampir dengan mulutnya beliau menangis. Beliau berkata “ Aku teringat akan keinginan ahli neraka seperti yang disebut dalam Quran:


“ Berilah hai ahli syurga , air minum untuk kami …” (50 : al-A’raf)


Namun jawapannya:


“ Sesungguhnya Allah mengharamkan air dan rezki untuk orang kafir.” (50 : al-A’raf)


Hati yang sihat akan menyebabkan mulut yang baik. Mulut yang baik adalah mulut yang sentiasa menyebut nama tuhan dan tidak mengumpat, memaki, menyebar keaiban orang, mengeluh dan sebagainya.


Nabi saw bersabda:


“ Tidak lurus iman seseorang sehingga lurus hatinya dan tidak lurus hatinya sehinggalah lurus lidahnya.”
(Hr Hakim)




Hati yang sihat adalah hati yang khusyuk dalam ibadatnya dan hati yang sentiasa menerima kebenaran walaupun ia pahit. Firman Allah swt:


“ Bilakah masanya untuk orang2 beriman untuk khusyuk hati mereka bagi mengingati Allah dan menerima kebenaran yang Allah turunkan…” (16 : alFatir)


Hati ini sentiasa terdetik nama Allah. Sebanyak mana kamu mengingat sesuatu setinggi itulah kasihmu padanya. Sekiranya hatimu banyak menyebut nama tuhan itu tanda kasihmu padanya adalah benar2 wujud. Kalau hati lebih banyak menyebut tentang wanita, takhta, kerja, periksa, harta, kereta atau dunia maka dakwaan cintamu pada tuhan adalah bohong.
 

Hati yang sihat adalah hati yang banyak runsing tentang hal akhirat dan masalah umat Islam.

Kita lihat Nabi bersabda:


“ Surah Hud dan saudara2nya telah menyebabkan kepalaku beruban.”


Ini kerana surah-surah ini (Hud, an-Nazia’at dan al-Mursalat) mengandungi tentang kisah Nabi2 yang terdahulu, kisah tentang neraka dan kisah umat-umat yang derhaka.


Allah menempelak manusia yang banyak pengetahuan dunia tetapi jahil dan lalai tentang akhiratnya.


“ Mereka mengetahui tentang hal ehwal dunia tetapi lalai dengan akhirat mereka.” Ar-Rum ayat 7


Kita tahu tentang nama benda yang kecil dan mikro dalam tubuh manusia, dalam komputer, dalam kereta tetapi tidak tahu berapa lama api neraka dipanaskan, berapa kali ganda api neraka dr api dunia, apakah nama2 makanan dan minuman ahli neraka dan lain2.


Kita tahu nama2 artis , nama pemain bola dan nama selebriti tetapi kita tidak tahu apakah nama binatang yang menyeksa manusia di akhirat.


YA ALLAH HATIKU TERLALU BANYAK MEMIKIRKAN TENTANG DUNIA SEHINGGA MELUPAKAN MU


YA ALLAH HATIKU SENTIASA RUNSING KEHILANGAN DUNIA TETAPI BANYAK MANA AKHIRAT YANG HILANG DAN AKU BUAT TAK TAHU


YA ALLAH HATI YANG KERAS DAN BERPENYAKIT CINTA DUNIA INI HANYA LAYAK UNTUK DIBAKAR BERSERTA DENGAN SARUNGNYA SEKALI (JASAD) TETAPI AKU TAK DAYA MENAHAN API NERAKAMU


YA ALLAH BERSIHKANLAH HATI INI DARI PENYAKIT DAN CAMPAKKANLAH PADANYA CINTA PADAMU


SESUNGGUHYA SEMUA CINTA ADALAH SEMENTARA DAN MENYAKITKAN MELAINKAN CINTA PADAMU DAN CINTA APA YANG KAU SURUH MENYINTANYA.


YA ALLAH AKU TIDAK BERPUTUS ASA UNTUK MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH DAN SIHAT UNTUK AKU PERSEMBAHKAN PADA MU DI SANA… BANTULAH AKU.. TOLONGLAH AKU.. JANGAN KECEWAKAN KU YA RAMAN YA RAHIM

di petik dari:

Friday, January 14, 2011

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA...KENALI SEKOLAH ANDA...

SEJARAH RINGKAS
Sekolah Menengah Kebangsaan Naning telah dibina di atas tanah seluas 19.6 ekar.Kerajaan telah membelanjakan RM1,693,000.00 bagi mendirikan bangunan asalnya. Pada peringkat awal sekolah ini terdiri daripada satu blok bangunan tiga tingkat, satu blok Bengkel Seni Perusahaandan satu blok kantin. Blok bangunan iga tingkat itu menempatkan Bilik-bilik Darjah, Bilik Guru, Makmal Sains,Bengkel Sains Rumah Tangga, Perpustakaan dan tandas. Sejarah awal sekolah ini bermula pada 30hb Januari 1983 dengan sepuluh orang guru dan 115  orang murid meliputi tiga tingkatan. Pada tahun 1985 murid-murid tadi menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran buat kali pertamanya. pada tahun ini juga sebuah koperasi telah ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan dan alat pembalajaran kepada pelajar-pelajar. Dengan penubuhan koperasi ini, secara tidak langsung para pelajar dapat diperkenalkan kepada perniaga. Pada tahun 1991 sebuah blok bangunan tambahan telah siap dibina. Bangunan ini menempatkan bilik-bilik darajah, koperasi dan bilik menyimpan buku-buku teks SPBT.
Pada tahun yang sama juga sebuah surau telah dibina dengan menelan belanja RM30,000.00.Surau ini adalah bagi kegunaan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah untuk belajar dan menunaikan fardhu solat. Pada tahun 2001 sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina. Seterusnyer, sekolah ini berkembang lagi dengan wujudnya dua kelas Tingkatan Empat Sastera pada sesi persekolahan 1992. Ini bermakna sekolah ini telah bertukar status menjadi sebuah sekolah Menengah Atas. Pada tahun 1993anak sulung keluaran tingkatan Lima Sasteranya menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama. Sekolah ini telah ditukar nama dari Sekolah Menengah Simpang Empat kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Naning pada 13.09.1995. Pada tahun 1998, misi dan visi sekolah ini telah dilancarkan dengan motornya, " CEMERLANG GEMILANG ".
Menjelang tahun 2000 sebuah lagi bangunan baru Makmal Sains Tulen telah mula digunkan. Pada tahun 2001 pula sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina seterusnya. Pada tahun 2008, PIBG mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM150 000 untuk menutup 
dewan terbuka tersebut. Anggaran kos pembinaan dewan sebanyak RM400 000 (Ringgit Malaysia : Empat ratus ribu)  Sepanjang tahun 2009 pula sekolah ini telah mendaapt peruntukan daripada Kementerian dan PIBG sebanyak RM 128 330 bagi kerja-kerja menaik taraf, menyelenggara, menguba suai dan menambah kemudahan fizikal. PIBG sekolah ini turut berusaha bagi memperoleh sebahagian daripada peruntukan tersebut. Disamping itu PIBG turut menberi sumbangan untuk kemudahan penyaman udaara di bilik guru, bilik Q, membeli kerusi plastik untuk dewan dan membena pondok bacaan. Sumbangan tersebut merupakan dana yang talah dapat dikutip semasa Program Sepagi Bersama Pemimpin yang telah diadakan pada 20 Jun 2009.

     Semoga sekolah ini terus membangun dan cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum bagi melahirkan modal insan kelas pertama. 
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2010
                                                 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
                                WAJAH GURU2 MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN
                                                       MAJLIS PERSARAAN GPK KOKU
                                                          JAMUAN KELAB STAFF
                                                               JAMUAN KELAB STAFF
                                                       HARI Q PERINGKAT SEKOLAH
                                                     HARI GRADUASI PELAJAR  5MPV
                                           SAMBUTAN HARI Q PERINGKAT SEKOLAH

Wednesday, January 12, 2011

tazkirah minggu ini (2)

TAUBAT
Allah SWT berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (At-Tahrim: 8)


.Ibnu Umar dan Ubay bin Kaab berkata: 'Taubat Nasuha itu ialah, bahawa seseorang bertaubat dari dosa-dosa kemudian tidak kembali kepadanya lagi seperti ketidakmungkinan kembalinya susu ke tetek binatang."


.Sedangkan Hasan Basri berkata: "Taubat Nasuha ialah hendaknya seseorang menyesal atas apa (dosa) yang pernah dikerjakannya pada masa lampau serta diiringi dengan sikap tidak kembali kepadanya."


.Ibnu Qayim berkata: "Nasuha dalam bertaubat mengandungi tiga unsur:

.Pertama: Memandang sama semua dosa dan bersikap sama terhadap seluruhnya, sehingga tidak satu dosa pun yang keluar dari penilaian sebagai dosa.

.Kedua: Menghimpunkan antara azam (tekad) dan kesungguhan sikap seutuhnya untuk menghadapinya, sehingga tidak ada sedikit keraguan pun yang tersisa pada dirinya, tidak pula secebis angan-angan dan menanti-nanti pada batinnya. Namun dia menghimpun semua kehendak dan tekadnya untuk menghadapinya dan segera bersikap demikian.

.Ketiga: Membebaskannya (tekadnya) dari segala kotoran dan penyakit yang merosak keikhlasannya serta menjadikannya takut kepada Allah secara murni, menginginkan balasan yang ada di sisiNya serta takut dari siksa yang ada di sisiNya.

.Pendapat lain mengatakan bahawa di antara tanda-tanda taubat nasuha itu ialah:

1. Taubat meliputi segala dosa, sehingga tidak satu pun dosa yang tertinggal dan menghilangkan pengaruh-nya terhadap jiwa, sebagaimana sinar matahari menghapuskan kegelapan malam. Sesungguhnya orang yang bertaubat dari suatu dosa dan tetap mengerjakan maksiat yang lain, maka taubatnya belum sempurna.

2. Bertekad akan bertaubat hingga akhir hayatnya, untuk mengakhiri dosa-dosa. Berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya yang telah berlalu sebagaimana susu tidak akan kembali ke sumber asalnya.

3. Memulai dengan penyesalan dan mengakhiri dengan perbuatan amal soleh dan ketaatan, membersihkan hatinya dari pengaruh maksiat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa buat selama-lamanya.

4. Menjauhi seluruh perbuatan dosa. Taubat tidak bererti apa-apa jika disertai dengan perbuatan dosa. Allah tidak akan menerima perbuatan baik seseorang selama dia melakukan perbuatan maksiat tersebut. Jiwa yang terbelenggu dalam memikirkan maksiat akan mengikis habis perbuatan baik.

5. Sesungguhnya seorang hamba tidak dituntut untuk mengerjakan seluruh perbuatan baik, akan tetapi dia dituntut meninggalkan seluruh perbuatan jahat. Dengan demikian akan mendorong dirinya melakukan kebaikan. Bagi seseorang yang bertaubat dari kemunafikan, maka tidak dibenarkan berbuat zina, bahkan dia dituntut melepaskan seluruh kejahatan dari hatinya.

6. Apabila ingin bertaubat dari seluruh dosa, maka seluruh anggota badan harus bertaubat. Taubat mata ialah memelihara pandangan dari perkara yang haram. Taubat tangan ialah memeliharanya dari mengambil barang-barang haram. Taubat kemaluan ialah dengan cara menjauhkannya dari perbuatan zina dan lain-lain sebagainya.

7. Mengenang atau mengingat-ingati apa saja yang pernah dikerjakan kemudian melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah ditinggalkan. Mengembalikan hak kepada pemiliknya, mentaati segala perintah Allah dan RasulNya.

tazkirah minggu ini (1)

KISAH TAUBAT...

Di sini penulis ingin memuatkan sedikit kisah teladan yang diambil dari tutorial semalam yang dibentang oleh Dr Fatimah Syaidi.Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil iktibar,insyaAllah.
KISAH & TELADAN Diriwayatkan oleh Malik bi Dinar akan dirinya : Permulaan hidupku,aku berada dalam keadan sesat,mabuk dan suka melakukan maksiat. Aku menzalimi orang ramai ,mengambil hak mereka ,melakukan riba dan semua jenis maksiat aku pernah lakukan.Orang ramai menjauhiku kerana maksiat yang aku lakukan. Sehinggalah  suatu hari  berkahwin dan memperolehi seorang anak perempuan bernama Aisyah.Aku amat menyayanginya.Semakin Aisyah membesar bertambah kasih sayangku kepadanya ,bertambah juga keimananku kepada Allah dan berkurangan perbuatan maksiatku .Setiap kali aku ingin meminum arak,Aisyah akan menghampiriku dan menjaukan arak itu daripada ku sedangkan umurnya belum cukup 2 tahun.Seolah-olah Allah yang menyuruh Fatimah melakukan perbuatan itu. 
 
Apabila umur Aisyah genap 3 tahun beliau meninggal dunia. Kehidupan ku bertukar semakin teruk daripada dahulu. Aku tiada kekuatan untuk menghadapi ujian(kematian fatimah)sebagaimana orang-orang beriman menghadapinya. Syaitan mula bermain-main dengan ku dan kehidupan ku bertambah buruk. Aku berazam untuk minum arak sepanjang hari malam dan siang. Aku minum hingga aku mabuk teruk. Akhirnya dalam keadaan mabuk aku bermimpi aku berada di hari akhirat. Matahari telah terpadam,laut bertukar menjadi api ,bumi bergoncangan.Semua berhimpun di hari kiamat termasuklah aku. Aku mendengar suara memanggil folan bin folan. Aku melihat si folan ini wajahnya telah bertukar hitam legam oleh kerana ketakutan.Tiba-tiba namaku dipanggil dan semua manusia di sekelilingku hilang seolah-olah tiada seorang pun di padang mahsyar ini.
 
 Kemudian aku melihat ular yang besar dan kuat menyusur dengan cepat kearah ku dan membuka mulutnya dengan luas. Aku berlari dari ular tersebut kerana terlaku takut. Semasa berlari aku terlihat lelaki tua yang lemah dan aku berkata kepadanya: ”Tolonglah selamatkan ku”. Dia berkata “Wahai anakku ,aku ini terlalu lemah,aku tidak mampu untuk menolongmu. Berlarilah kamu kearah ini mudah-mudahan kamu akan selamat”. Aku berlari ke tempat lelaki tua itu sebutkan. Ular masih mengekoriku dari belakang dan api aku dapati api di hadapan ku. Aku bertanya”Jika aku lari dari ular ini aku akan jatuh ke dalam api”. Aku berlari ke belakang semula dan ular makin hampir kepada ku. Aku kembali semula ke arah lelaki tua itu “Demi Allah,tolonglah selamatkan aku!Tolonglah”Rayu ku kepadanya. Lelaki tua itu menangis kerana kasihankan diriku dan berkata “Aku amat lemah sebagaimana kamu lihat ,aku tidak mampu menolong mu. Akan tetapi kamu larilah menuju kearah bukit itu,mudah-mudahan kamu akan selamat”. 
 
Aku berlari ke arah bukit dan ular akan menyambar diriku. Aku melihat di atas bukit itu kanak-kanak kecil. Mereka semua berteriak “Wahai Fatimah!!Pergilah ke arah ayah mu,tolonglah dia!!! ” Maka aku tahu di situ ada anak ku Fatimah. Aku amat gembira dan tanpa disedari air mataku mengalir. Aku mempunyai anak yang amat aku sayangi dan kerananya iman ku bertambah. Dia meninggal ketika berumur tiga tahun….sekarang dia berada di depan ku untuk menyelamatkan ku dari situasi yang bahaya ini. Fatimah mencapai tangan kanan ku dan melawan ular itu dengan tangan kirinya. Aku seolah-olah mayat hidup yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketakutan. Kemudian aku dapati aku berada di dalam bilik ku sebagaimana aku berada di dunia. Fatimah berkata dengan penuh manja”Wahai ayahanda ku  ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله (Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah )“Aku berkata”Beritahu ku tentang ular ini”Aisyah berkata“Ia adalah amalan jahat mu yang kamu besar dan suburkan sehingga ia hampir memakan diri mu ”Aku bertanya”Bagaimana dengan lelaki tua itu?” Dia berkata”Itulah amalan soleh diri mu ,kamu perkecilkan(lemah) dan menghinanya sehingga dia menangis melihat keadaan diri mu dan tidak mampu untuk menolong mu. Adakah ayah masih ingat , iman ayah bertambah dan aku masih kecil ketika didunia? Jika tiada amalan soleh mu ,maka tiada satupun yang memberi manfaat kepada diri mu” 

Aku tersedar dari tidurku dan menjerit “Sudah tiba masanya wahai tuhanku.......sudah sampai masanya wahai tuhanku.......Yaaa” ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله (Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah )“ Aku bangun dari tidur dan mandi. Aku keluar ke masjid untuk solat subuh untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Aku masuk ke dalam masjid dan aku terkejut imam membaca ayat yang sama:ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله .Maka bertaubatlah Malik bin Dinar dan beliau dikenali dengan (pernah) berdiri setiap hari di pintu masjid memanggil –manggil ”Wahai hamba yang membuat maksiat,kembalilah kamu kepada tuhan mu.Wahai hamba yang lupa kembalilah kamu kepada tuhan mu.Wahai hamba yang lari kembalilah kamu kepada tuhan mu. Tuhan mu memanggil-manggil kamu siang dan malam dan berkata: Barangsiapa menghampiri diriKU sejengkal nescaya AKU akan mengahmpirinya sehasta…..barangsiapa mendatangi diriKU dalam keadaan berjalan nescaya AKU akan berlari ke arahnya.” Itulah dia Malik Bin Dinar antara pemuka yang masyhur dikalangan Tabi’in.

penulis: ustaz yusri bin kamarudin..
daripada laman web: komuniti pendidikan islam...

Tuesday, January 11, 2011

SALAM UNTUK TAHUN BARU.....

askm.w.b.t....salam untuk tahun baru kepada semua warga smk naning...semoga tahun ini memberikan sinar baru dan keazaman untuk bersama2 merubah diri kearah kebaikan....tahniah kepada ustazah rohimah dilantik sebagai ketua panitia baru..semoga beliau sentiasa bersemangat untuk memantapkan lagi panitia pendidikan islam...untuk ketua panitia yang lama iaitu ust rosli,jutaan terima kasih kerana memberikan komitmen sepenuhnya kepada panitia pendidikan islam..semoga beliau memberikan tunjuk ajar kepada ketua panitia yang baru dan bersemangat untuk bersama2 merealisasikan visi dan misi panitia pendidikan islam...

                                                                  ustazah rohimah

Dan salam ahlan wasahlan kepada ustzah azizah.iaitu GPK koku yang baru dan warga baru didalam panitia pendidikan islam..semoga beliau juga sentiasa bersemangat untuk bersama2 menyampaikan mesej dakwah kepada para pelajar...SALAM KEAZAMAN UNTUK TAHUN 2011....
                                                                    ustazah azizah



EDITOR:ustaz hamzah bin kamarudin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...